Pages

08 January 2008

Cerita yg baru!!

Blog,

Ya Blog...aku sudah memadamkan segala kenangan dia yg aku nukilkan di sini..

cukupla ingatan aku terhadapnya..yg aku semat dalam jiwa ...selepas ini tidak akan ada lagi..ayat2 jiwang,romantis untuk dia sini..tapi masa depan..aku takkan berani untuk janji!!

Bukan bermaksud aku cuba melarikan diri..aku redha menerima segala ketentuan dari NYA.

Allah lebih menyayangi dia blog,semoga dia berada di samping orang2 yg beriman di syurga..

Tidak bermakna aku akan tinggalkan kau Blog.Kau masih menjadi teman ku yg terbaik.tmpt aku meluahkan segala perasaan ku..kau tidak pernah merungut..kau setia bersama ku...

Selepas ini aku akan buka lembaran baru..cerita baru...demensi yg baru..


****
Aku dah berhenti kerja..rasa nya tak kuat aku untuk memandang tmpt duduk nya setiap hari.

Ya Allah berikan aku kekuatan jiwa dan bantulah aku untuk memperbaiki iman ku terhadap mu..

No comments: