1996 - Kelas 2 (5)
Bila dilihat dari luar kelas aku sama macam kelas2 yang lain.sume cukup.Meja,kerusi,papan hitam sume nye sama cam kelas2 yang lain.Tapi kelas aku ni tetap menjadi target Longkai (Cikgu Ramzan) - Si Guru Displin.
Longkai mmg sadis,kejam,ganas terhadap budak2 yg melanggar displin.takde istilah belas kasihan dalam kamus diri Longkai. Rambut panjang skit je,dia terus kasi botak.meraung budak2 kena botak ngan Longkai.Kalu bole dia nak me mawi kan budak2 kat sekolah aku tu.Longkai tak bersendirian.dia bersama partner in crime Ustaz Labu(Ustaz Roslan) menjadi mimpi ngeri budak2 nakal kat sekolah aku.kadang2 aku dapat melihat terdapat kepuasan di mata Longkai kalu dapat Rotan budak2 kat perhimpunan.mmg sadis!!bertempiaran budak2 kalu nampak kelibat dia ngan ustaz Labu.
Setiap kali dia buat spot check.mesti dia target klas ni dulu.cam sial je.mmg menyusahkan.mengganggu student untuk belajar.Tapi selalunya Longkai akan frust.sbb tak pernah nye dapat hasil bila wat spot check kat klas aku ni.
Kali ni lain,Longkai membuat plan awal.menyebarkan berita operasi spotcheck akan dilakukan selepas waktu rehat.Memang sekejap tersebar.satu sekolah gempar Longkai akan membuat spotcheck besar2 an secara menyeluruh.Dia kerahkan seluruh batalion askar..err..sume pengawas yang ada untuk operasi kali ini.
dan untuk operasi ni aku telah di tahan di bilik gerakan pengawas,tidak dibenarkan ikut serta dengan alasan untuk bantu cikgu membuat laporan.
****
walaupun aku pengawas.bila sampai nak buat operasi.aku tak sampai hati dan akan inform budak2 klas.dan selalunya aku pesan biar pecah di perut jgn pecah di mulut.budak2 klas mmg besatu hati dlm pape hal pun.rahsia tetap rahsia.
Waktu ni aku tak tau lahnat mana yg dah pecah rahsia.tapi aku suspek Longkai dah lama syak ngan aku.sbb spot check klas aku mesti lepas,clean walaupun segala macam gangster,dealer ada kat klas aku tu.komic ,games,ujang,walkman,topi,gundam sampai gambar2 lucah(lukis sendri berdasarkan imiginasi-zaman tu budak2 blm tau cite lucah cd lucah pun blm ada lagi) pun ada.segala macam benda terlarang ada kat klas tu.cuma Longkai tak jumpa bila wat spotcheck.
Maklumat rahsia tu mmg aku dah sampaikan kat budak2 klas.tapi perubahan waktu tu yang tak sempat nak dibagitau.Longkai buat Spotcheck waktu pagi!!
Hari tu,mmg menjadi sejarah.satu klas kena denda kat padang.tengah panas.Budak2 kena seksa.Longkai mau tau siapa punya barang yg dijumpai di klas baik yg tersorok ataupun tak smpt sorok.Longkai jumpa semua nya!!.Sorang pun tak bukak mulut bagitau.
Sudah nye..satu klas kena hukum.aku tak berdaya..cuma mampu melihat dari tingkat atas,kawan2 kena hukum ngan longkai.
****
Nota kaki:
Aku masih lagi pengawas sampai form 5.Sume budak kenal aku.Sbb kawan baik ngan penganas sekolah.
Mungkin inilah teknik peringkat tertinggi sek untuk mengawal budak nakal dan jahat.dilantiknya budak jahat menjadi pengawas untuk mengawal budak jahat.Jadi sume budak takut nak melawan ckp pengawas.sbb pengawas tu budak jahat.gangster besar kat sekolah.
(part aku budak jht tu tipu..aku dak baik sebebnarnye..caya la..hehe)
No comments:
Post a Comment