"Saya telah menyediakan bas untuk anda.terpulang kepada anda samaada untuk menaiki nya atau mengambil jalan yg lain"
Dan pada waktu itu aku tidak menaiki bas yg telah beliau sediakan.aku mengikuti hati,mengambil jalan yang jauh untuk berjaya.
Aku bukan lah pelajar beliau yang terbaik.jauh sekali untuk menjadi rapat dengan beliau.tapi perilaku beliau,kata2 beliau menjadi teladan untuk aku pada masa itu.
Aku kira,pada masa itu ramai pelajar yang suka dan sayang dengan beliau.Lebih2 lagi pelajar yg duduk di asrama.Beliau merupakan Warden Asrama Putera pada waktu itu.
Selepas SPM,aku tak lagi dengar tentang beliau.Terakhir aku berjumpa dengan beliau ialah pada Majlis Gathering untuk pelajar SPM 99 di sebuah Hotel di Shah Alam 2 tahun lepas.Tak banyak yg boleh diceritakan bersama beliau.
Semalam,semasa blogwalking,aku terjumpa dengan Blog kepunyaan Ustaz Zawawi.
http://wakjuragan.blogspot.com/
Aku tidak pasti samaada Ustaz masih mengajar atau tidak di sekolah.Melihat di Blog beliau,beliau kini aktif dalam usaha dakwah dan pembangunan belia.Beliau kini menyandang jawatan sebagai Yang Di Pertua ABIM Selangor.
Ustaz aku yg kanan sekali - masih kachak lagi!!
Aku harap semuga segala usaha beliau akan mendapat keberkatan dari Allah swt.Semoga beliau dan keluarga sentiasa sihat dan sentiasa dirahmati oleh Allah swt.
Ustaz Zawawi memang Legend!!
Aku berharap dapat berjumpa lagi dengan beliau satu hari nanti.IsyaAllah..
No comments:
Post a Comment