Minggu ni turn aku shift malam.Lama jugak la aku tak kena shift malam.
Kawan aku Hafis,dah mula keje kat tempat baru.Aku kena biasakan lunch tanpa beliau..Dia seorang yg baik dan kadang2 agak lurus walaupun rambut beliau tak selurus beliau.
hari ni baru aku bukak fesbok..lama gak la tak online fesbok ni..tak tau dah berapa juta harta aku kat Mafia War.dah sampai bosan aku main..asik2 bende yg sama je.
Ramai gak la kawan2 yg meng upload gambar anak mereka samaada yg dah lama lahir mahupun yang baru lahir.
Alhamdulillah...Tahniah untuk Gobang dan Apau dgn kehadiran ahli baru dalam keluarga mereka,semoga mereka bahagia selalu.Amin.
aku punya turn??..coming soon..InsyaAllah..
Cik Bunga??dengar cite dia dah start mengajar..tak pasti kat mana..nnti la aku usha2 fesbok beliau,kalu aku tak bape sibuk ye..ok cikgu,selamat mengajar!!
Blogging?? lama gak dah tak post entry kat sini..sibuk gile..sampai terlupa yg aku punya blog..
Dalam beberapa minit kat fesbok..aku terpandang post member yang agak marah dan tensen bunyi perasaan beliau..makin dibaca posting beliau,makin terserlah kemarahan beliau.beberapa perkataaan lucah seperti F**K dan f**king menguatkan lagi kemarahan beliau..aku tak pasti kenapa beliau marah..dan aku tak bape nak masuk dalam hal2 percakaran suami dan isteri.Secara peribadi aku tak setuju beliau meluahkan peasaan marah terhadap isteri beliau yg lebih mementingkan fesbok berbanding beliau..dan itu merupakan posting terakhir beliau di fesbok!!
Nasihat aku pada dia,bawak banyak bersabar.banyakkan berdoa kepada Allah dan jangan la kasitau satu dunia masalah rumahtangga kita...aku harap dia tak baca blog aku ni!!
Arsenal?? main best gile sekarang ni..aku yakin..Arsenal akan jadi juara!!
Selangor?? kalahkan kedah 4 -0..
emm..lain2 perkara??..aku sambung kat entry yg lain...
Tajuk?? mmg takde kaitan dgn entry..saje je nak bagitau..masa tulis entry aku tgh dengar lagu Tomat dari Wali band..haha..
No comments:
Post a Comment