Pages

21 June 2010

Aku dan Dia - Bahagian pertama - Pertemuan

November 2004



Hari ini merupakan hari pertama aku bekerja.Peluang bekerja dengan sebuah perusahaan komputer terkenal  seperti GN tidak boleh dilepaskan.Lagi pula dengan keadaan aku yang tidak pernah bekerja sebelum ini.Selesai sahaja tamat pengajian di Universiti,aku terus keluar mencari kerja.

Aku masih ingat lagi pada hari rakan2 yang lain sibuk untuk Konvo,aku pula sibuk mencari pekerjaan dengan menghadiri interview dan interview yang ketiga pada hari tersebut membolehkan aku berada di tempat sekarang ini.

Bukan tidak mahu sambung belajar lagi,sebagai anak sulung dalam keluarga,aku berasa bertanggungjawab untuk membantu ayah yang pada waktu itu hanya la seorang Pengawal keselamatan.

Ye la..berapa sangat pendapat nya sebulan untuk menyara kami sekeluarga.

Demi membalas jasanya aku nekad untuk bekerja walau tidak disenangi oleh mak dan ayah pada mulanya.

"mak ngan ayah doakan yop berjaya interview hari ni".

mungkin berkat doa kedua orang tua ku.aku berjaya mendapat tempat di sini.


"Azwan,panjang termenung tu.sila ikut saya.Saya akan perkenalkan awak dengan team members yang lain" kata Encik Ali mengejutkan aku dari lamunan.

En Ali ni HOD,Head of Department.sudah berkahwin dan punya 3 orang anak semuanya perempuan dan yang paling tua darjah 2 dan bersekolah dia Damansara.En Ali pernah memberitahu aku semasa dalam interview yang aku rasa seperti bukan aku yang hendak di interview.

Aku bingkas bangun dan mengikuti En Ali sambil senyum sendiri.

...........................

Aku diterima bekerja sebagai Maketing Exec di bawah En Ali.Selain aku terdapat lebih 20 orang staff bekerja di bawah En Ali merangkumi Sales & Marketing dan System support.

Selain dari staff2 ni,terdapat juga staff dari perusahaan 3rd party untuk urusan penambahbaikkan system baik software ataupun hardware.

"Perusahaan ini masih baru di Malaysia,jadi lebih mudah untuk mengambil 3rd party sehingga benar2 kukuh di Malaysia."Kata En Ali serius sebelum memperkenalkan aku dengan staf nya yang lain.

Selain staff di bawah En Ali,aku turut diperkenalkan dengan beberapa staf yg lain.

Abang Mat,berusia lingkungan 30-an seorang Pengurus IT disini.Orang nya tegap dan perut nya agak boroi.Aku amat senang dengan dia walaupun hanya beberapa saat diperkenalkan.seorang yang agak warak.Itu la pandangan pertama aku terhadap dia.dan semua pekerja kontrak dibawah seliaan abang mat.

Dave,lelaki berbangsa India,umur mungkin sebaya dangan aku,Bekerja dengan Order Managment team.Sekali pandang seperti Surya.Pelakon Tamil terkenal dari India dan dia amat fasih berbahasa Melayu dan sesekali terdengar dia bercakap seperti orang yang berasal dari Kelantan.

Tommy, Bisnes Anlyst ,berbangsa cina.tapi aku rasa seperti cina kacukan kerana matanya tidak seperti Mickey kawan cina aku semasa belajar di Universiti.Agak kekok berbahasa Melayu dan aku difahamkan dia lahir di sini dan dibesarkan di Australia.Pulang semula ke Malaysia untuk bersama neneknya setelah ibu bapa nya berpisah dan bapa nya seorang berbangsa Australia.

Panjang lebar En Ali menjelaskan dekat aku semasa minum di mapley berdekatan office.

Aku turut di perkenalkan dengan beberapa pekerja wanita,seorang nya bernama Lina,tiada semasa hari pertama aku.Aku cuma di beri pengenalan oleh En Ali kerana Lina ni supervisor aku.

kata Dave kepada aku..dia cuti seminggu untuk menguruskan proses penceraian dengan suaminya seorang ahli perniagaan.Terang Dave lagi kepada aku,Lina berkahwin atas pilihan ibu bapa.Cuma bertahan setahun sahaja.

"Lina ni selalu berpakaian seksi ke ofis."Terang Dave lagi sambil menunjukkan gambar2 Lina yang dia simpan di dalam laptop nya.

"Lina memang Hot" kata dave sebelum aku ke tandas.

Aku juga turut diperkenalkan dengan Liza,PA En Ali merangkap Admin di Office.

Muda setahun dari aku dan tak banyak yang aku tahu tentang dia pada hari pertama aku di sini.

Dia hanya senyum melihat aku yang terdiam kaku di depan nya bilamana diperkenalkan oleh En Ali.

" Hi awak,selamat berkenalan."Itu la kata2 pertamanya dengan aku sebelum senyum berlalu pergi.

dan aku,lama juga berdiri di situ seperti patung tanpa berkata apa.Terpana melihat wajah nya yang cantik persis Wardina Safiyah semasa muda,pengacara TV3 yang sudah beranak 3 itu.

Bila tersedar dia sudah berlalu pergi..muka aku berubah merah..cepat2 aku ikut En Ali dari belakang menuju ke surau kerana waktu itu sudah masuk waktu Zuhur.

sepanjang hari aku tak boleh lupakan senyuman nya itu.


bersambung...

No comments: