Saje je nak bawak mak ngan bapak pergi makan kat luar.Dah lama tak keluar makan sama2.Lagipun sejak akhir2 ni mak ngan bapak mengadu "libang -libu" duduk rumah.aku tau la tu..signal nak ajak aku keluar la tu.
Jadi On the spot semalam dari rumah jam 7.30 terus pergi ke Jeram.Pekena seafood kat Restoran Aroma Ikan Bakar.
Yang ni kira 2nd time la aku ke sini.last time datang sama kawan2 ofis berbuka puasa tahun lepas.
Sampai kat sana jam 8 malam.Tengok ramai orang. tapi tak berapa penuh lagi. sampai terus carik pot baik mengadap pantai.
tempat ni kalau datang petang memang best.. Boleh nampak laut..Diwaktu petangnya, anda akan dapat menikmati pemandangan matahari terbenam. Tenteram rasanya…
memang layan tengok ombak tambah plak ngan angin dari laut..memang best!!..Kalau malam pun best jugak..tak nampak apa2..
kepada yg datang bercouple tanpa sijil korang dinasihatkan jgn buat macam2 kat sini..sebab sini yang datang makan ramai dengan family.
Menu kitaorang malam tadi Ketam masak cili,Sotong goreng tepung,Udang Butter,Tom Yam Udang sama Ikan siakap steam.Air plak kitaorang order Oren 2 jug.padahal yang makan nye cume 5 orang je..tapi melantak air kuat gile..adik2 aku la tu..haus sgt agaknya baru lepas balik dari sekolah.
feveret bapak,tomyam sama ketam goreng cili
Butter prawn
Sotong goreng tepung.aku tak dapat makan.huhu
**Lain2 lauk tak dapat di amik gambar..keadaan amat huru hara waktu tu..semua orang tgh berebut makan.tak sempat amik,takut miss soru..
Masakan dia Ok!! dari 5 bintang tu aku kasi 4 bintang la..Kalau kasi penuh kang,takut riak plak owner ni...biar dia usaha lagi untuk dapatkan satu bintang tu..kehkehkeh.Apa yang sedap?aku tak boleh jawab..rasenya sumenye sedap.
Service dia pun Ok. Dengar citer,setakat ini telahpun menggaji lebih 40 orang pekerja termasuk tukang masak, pelayan dan penyedia makanan. Jadi, jangan risau jika anda inginkan layanan yang baik dan mesra(aku agak je)
2 kali aku datang aku perasan satu perkara, kalau datang berdua atau berseorangan, pergi sahajalah. Tapi kalau ingin pergi dalam kumpulan, eloklah hubungi mereka untuk membuat tempahan meja, biasanya malam Sabtu, malam Ahad dan malam Isnin tempat ni penuh. Dan malam Ahad adalah kemuncak kehadiran pengunjung. Ramai gile..
macam tahun lepas..aku siap gaduh lagi dengan makcik kat kaunter..adakah patut..aku dah booked 2 hari sebelum..dia bole lupa nak letak nama kat reserved list..macam celaka. nasib baik bulan pose..tapi mungkin sebab dia rasa bersalah..dia suruh kita orang berbuka kat banglo dia..rase bersalah la tu..huhuhu.yang tu cite lain kali ye
Harga dia plak.Murah!!Aku makan 5 orang,lauk plak boleh tahan banyak.Kena semalam RM 143.00 sahaja.Aku rasa murah kalau nak dibandingkan tempat lain yang pernah aku makan.
memang berbaloi lah datang ke sini. rasanya tak rugi kalau datang jauh2 makan kat sini.
Kalu korang nak datang,eloklah kalau buat tempahan sebelum ke sana. baru tak berebut meja kerusi nanti.
Untuk tempahan, sila hubungi:-
017 – 3163117 (En. Naim) atau 019 – 2084452 (Pn. Hazura)
Jadi, aku tak segan-silu untuk meng-‘rekomen’ korang semua untuk ke sana untuk menjamu selera dengan orang tersayang.
Nak alamat?
ni alamat nye : Aroma Ikan Bakar, Jalan Jati off Jalan Pantai Jeram, Pantai Jeram, 45800 Jeram, Selangor
Jangan nak mengada2 nak peta.Kalu nak lebih tau boleh call terus atau sila tanya pakcik google ye.
*****
Pergh dasat jugak rasenye entry kali ni..tapi takde la nak up lebih2 bukannye bole dapat makan free pun.
No comments:
Post a Comment