Pages

27 August 2010

Selamat Menyemarakkan Nuzul Quran




Selamat Menyemarakkan Nuzul Quran

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.


Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.


TUHANKU..

APA SAJA YANG AKAN KAU KURNIAKAN KEPADAKU...BERKENAAN DUNIA
BERIKANLAH KEPADA MEREKA YANG MEMBURUNYA
DAN APA SAJA KEBAIKAN YANG AKAN KAU KURNIAKAN KEPADAKU....BERKENAAN AKHIRAT
BERIKANLAH KEPADA HAMBA MU YANG BERIMAN
KERANA AKU HANYA MAHUKAN KASIH MU TUHAN

WAHAI ALLAH
JIKA AKU BERIBADAH
KERANA SYURGAMU..
JANGANLAH ENGKAU MASUKKAN AKU KEDALAM SYURGA

ANDAINYA AKU BERIBADAH
KERANA TAKUTKAN NERAKAMU
MAKA LEMPARKANLAH AKU KEDALAMNYA

TETAPI WAHAI TUHAN..
JIKA AKU BERIBADAH
KERANA INGINKAN KEREDHAANMU
MAKA JANGANLAH ENGKAU SIA-SIAKAN DAKU

-Rabiatul Addawiyah-

 
 
 
**sumber dari Internet

No comments: