hari ini Jumaat,22 Syawal 1431.
Masih belum terlambat mengucapkan Selamat Hari Raya.
Masih belum terlambat mengucapkan Selamat Hari Malaysia.
............
Hari ini baru sempat membuat entry..itupun curi2 masa disebalik kesibukkan merencana kehancuran dunia..tidak bermaksud aku seorang pencuri ye
Adik aku Su selamat diijabkabulkan oleh bapak pada tanggal 25/09 yg lalu..sekarang tengah hepi melayari kehidupan sebagai seorang isteri.semoga hubungan mereka kekal hingga ke syurga.
...........
Apa cerita aku?
Aku tengah dalam delima sekarang ni.Tersepit dicelah kegilaan..antara aku dan orang tua aku..
Emak dan bapak pula sibuk mencanang kepada semua orang aku akan kawen tahun depan.Awal2 harapan diletakkan kepada aku..nak menuggu aku?..alamat lambat lagi..Jika dipikirkan..kesian juga mak dan bapak..
Aku dibagi pilihan samada mencari sendiri atau dicarikan.
dan nampaknya dateline semakin hampir dan aku masih belum berjaya berjumpa dengan siapa pun.
Minggu ni aku kena follow bapak ngan mak pegi beraya.Beraya kat rumah keluarga mungkin bakal isteri.
Emak dan bapak nampak berseri2 bila bercerita tentang pasal mereka.Aku? entah la..belum pernah berjumpa.
Sepanjang minggu ni aku memimikir kan hal ini..satu keje pun tak jadi..keje menjadi slow sbb otak lebih byk digunakan untuk memikir hal ini..mujur driving kete masih stedi..kalu tak..tak tau apa jadi..
semalam mak tanya lagi.Jadi tak ikut mereka pergi.
Nak pergi atau tidak?
No comments:
Post a Comment