Baru2 ni aku ada berborak2 ngan cik bunga tentang masa depan..cehh..padahal baru je lagi kenal kn..kihkihkih..
Dalam pung pang pung pang tu..cik bunga ada ckp..dia minta aku jupe ngan mak dia..kenal2 dgn mak dia..ye la..kalu bole dia nak mak dia tau sape kawan dia..sape bakal suami dia..cehh..hehehe
gulp..aku plak telan air liur..slalunye cik bunga yg suke wat camtu..hehehe
pastu cik bunga ckp lagi..lepas aku jupe mak dia..dia akan jupe mak/bapak aku plak..
yeahh..kali ni takde gulp dah..hehe
cik bunga cube ekplen lagi..ye la dia nak famili kitaorang tau dulu sebelum berkahwin...
takde la 1st time jupe2 masa tunang..jadi kale ada sedare yg bizi body tanye sape bakal suami cik bunga..ape keje dia..hemsem ke tak..ada mcm seth tan tak..jadi mak dia bole kaunter soklan tu dgn mudah dan senang..sbb dh pernah jupe kn..hehe
Jadi bila cik bunga cakap camtu..aku tau yg aku tak salah pilih..kerana cik bunga seorang anak yg taat..yg menghormati ibu bapa dan org tua..jadi takde masalah untuk dia menjadi sorang isteri yg baik..seorang teman yg penyayang kn..harap2 hubungan itu menjadi kenyataan :)
******
Demi cinta ku pada mu..kemanapun kaukan ku bawa...walau harus kutelan lautan bara..
hehe..ternyanyi plak..ok2..sereyes..
Demi cik bunga..aku setuju..ye la bagus jugak dpt jupe kn..kenal ibu dia..baru la bole jadi anak menantu..bukan anak hantu..kehkehkeh
Berdebar rasanya menanti hari jupe tu..walaupun masih belum pasti bila..
Rasa taktentu hati..gelisah dah mula mejalar. Fikir2 apa yang nak dilakukan bila jumpa nanti dan apa aku nak bualkan. Dahlah aku ni jenis pendiam,takut plak rasenye..kalu masa borak2 tu tak in dgn mak cik bunga..
Dalam pada terpikir apa nk dilakukan bila nk jupe mak cik bunga ni..Aku try tanye pakcik gugel, terjumpalah entry menarik ni......so apa lagi sharelah kat sini. Lagipun situasi sama dengan apa yang akan aku tempuhi nanti. Mana tau berguna juga untuk anda !!..hehe
******
Tips #1 : Masa
Antara waktu yang paling sesuai untuk pertama kali bertemu dengan bakal mertua, adalah pada hari-hari keraian dan “bersempena” seperti pada hari raya, hari kenduri, ataupun sempena apa-apa majlis dimana, tuan rumah (bakal mertua anda) mengalu-alukan kedatangan anda.
Berbanding, jika anda datang ke rumah bakal mertua anda, pada hari-hari biasa… lebih-lebih lagi, jika kedatangan anda itu tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh bakal mertua anda pastinya keadaan akan menjadi sedikit janggal.
Jadi, elakkan datang berjumpa dengan bakal mertua anda secara tiba-tiba atau pun atas desakan kekasih anda semata-mata. Itu bukanlah suatu cara yang elok, walaupun niat hati kekasih anda adalah murni, iaitu hendak memperkenalkan anda dengan ibu-bapanya.. tapi pastikan ia dilakukan dengan penuh tertib dan bukannya secara mengejut atau pun “surpriseee”.
Silap hari bulan… anda yang akan “surprise”.
Tips #2 : Pakaian
Bagi lelaki, jangan sesekali datang dengan baju t-shirt yang mempunyai gambar “tengkorak berdarah”… kemudian.. datang pula dengan segerombolan rakan-rakan “mat motor” anda.. fuh.. silap-silap kena reject pula anda nanti. Seelok-eloknya. kenakan baju kemeja lengan pendek beserta dengan seluar slack.
Bagi perempuan pula.. sudah semstinya baju kurung sudah kelihatan agak sopan. Saya kira tiada masalah bagi perempuan dari segi pemakaian.
Saya tahu.. mungkin anda kurang selesa dengan baju berkolar atau pun baju kurung. Tapi.. seperti yang saya nyatakan tadi, first impression itu penting. Berikan keyakinan kepada bakal ibu dan mertua anda bahawa anda adalah seorang yang matang dan bertanggungjawab. Biar tenang dan sejuk sedikit hati bakal mertua anda melihat anda. Barulah lega sedikit hati mereka nak melepaskan anak mereka kepada anda.
Tips #3 : Topik perbincangan
Satu masalah yang seringkali dialami apabila kali pertama bertemu dengan bakal mertua.. ialah masalah mengenai “topik perbualan”, maklumlah, anda orang muda, manalah tahu sangat nak bual-bual dengan orang yang lebih tua, lebih-lebih lagi jika anda sememangnya adalah seorang yang pendiam. Fuh!!.. ini memang agak kritikal, takkan anda hanya ingin berdiam diri sahaja? Apa topik yang sesuai untuk dibualkan yer?.
Saya dahulu pun mengalami masalah ini.. tak tahu apa yang hendak dibualkan apabila bertemu dengan bakal mertua saya dahulu. Sudahlah saya ini seorang yang pemalu dan pendiam.. bakal mertua saya tu pun sama.. jenis pendiam juga orangnya, Oh!.. memang sunyi sepilah sewaktu pertemuan itu nanti.
Jadi, disini, saya nak bagi satu tips (alangkah baiknya jika saya tahu tips ini sebelum bertemu bakal mertua saya dahulu) . Jika anda adalah seorang yang pendiam dan tidak tahu apa topik yang ingin dibualkan dengan bakal mertua anda nanti.. pastikan, sebelum anda datang kerumah kekasih anda. Tanya kekasih anda terlebih dahulu.. apakah perkara yang diminati oleh ibu bapanya?. Adakah mereka minat memancing? Minat bola? minat kereta? minat berkebun? berniaga?.. atau paling mudah.. ketahui, apa pekerjaan ibu bapa kekasih anda.
Dari situ.. maka.. bolehlah anda membuat sedikit kajian dan bacaan berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan ibu-bapa kekasih anda itu. Jika ibu-bapa kekasih anda itu guru.. maka.. anda kenalah ambil tahu sedikit isu-isu berkaitan dengan guru sekarang ini seperti kes buli pelajar ke.. isu -isu yang berkaitan dengan pendidikan ke.. atau apa-apa sahaja isu yang berkaitan.
Saya tahu.. mungkin anda kurang minat dengan isu-isu tersebut.. tetapi.. untuk menambat hati bakal mertua anda.. anda perlu tahu serba sedikit tentang perkara-perkara yang bakal mertua anda minati. Barulah boleh “mahsyuuukkk” orang kata. Tetapi.. jika pekerjaan bakal mertua anda adalah pegawai penyelidik kimia dan anda sememangnya tidak tahu apa-apa langsung tantang kimia. Maka.. bincangkanlah isu-isu umum.. seperti.. cuaca.. jerebu.. kuih raya.. buat sendiri ke beli.. jualan murah.. dan sebagainya. (sebab itulah saya cadangkan anda berjumpa sewaktu menyambut hari raya.. banyak sikit idea boleh dibualkan).
Walau apa-apa pun isu yang anda bualkan nanti.. pastikan anda bersetuju dan bersependapat dengan kenyataan-kenyataan serta ayat-ayat bakal mertua anda itu. Ini bukanlah waktu yang sesuai untuk anda berbahas dan menunjukkan kehebatan anda berpidato… bak orang kata.. “angguk”kan sahaja selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat agama.
Tips #4 : Rajin-rajinkan diri
Jika lelaki, kedatangan ke rumah bakal mertua lebih sesuai dengan duduk dan berbual-bual. Tetapi bagi perempuan, jika anda datang ke rumah bakal mertua anda, tunjukanlah sedikit kerajinan anda. Mungkin anda boleh ke dapur membantu memasak atau membuat air ataupun membasuh pinggan mangkuk selepas makan (sesuai jika kedatangan anda sememangnya dijemput khas untuk makan tengahari atau malam bersama keluarga bakal mertua anda). Yer.. mungkin cara ini agak kelihatan seperti ke”kampung”an sedikit.. tetapi.. hasilnya tidak pernah mengecewakan..Tak percaya? Anda boleh cuba…
Sumber:Forum tentang cinta
*****
Menarik bukan..hehe
Aku pernah tanye cik bunga..mak dia mcmana..
nak tau apa ckp cik bunga..
dia kate mak dia garang..kalu aku nk jupe dia nnti dia tunggu ngan parang..
pergghh..ganaz betul bakal mak mertua aku ni..(ckp dalam hati je la)
ternyata anggapan ku salah belaka..cik bunga wat lawok je..huhuhu
dia ckp mak dia baik..sporting..lemah lembut..aku bajet lebih kurang cam cik bunga je la..
dia ckp lagi..mak dia pernah kate.."bila kita mudahkan urusan orang lain..mudah2an Allah akan mudahkan untuk kita juga.."
Aku setuju sgt ckp mak cik bunga..hehe
******
Oh ye cite pasal family cik bunga..family aku pun ble thn juga eksited nye..ok yg ni cite next entry la..dh panjang sgt plak rasenye..hehe
2 comments:
~wahh..
alhamdulillah. semoga jadi kenyataan.. InsyaAllah. :)
~cehceh..siap jumpa mr.google eh. hukhuk :p
hi cik sar :)
alhamdulillah juga..mudah2an jadi kenyataaan..
hehehe..kena la tgk pendapat/pengalaman org lain..kn kite ni mana la ada pengalaman..hehe
Post a Comment