Pages

22 June 2011

Budak baca ayat al-Quran elak dirogol

JEDDAH: Seorang mangsa perogol bersiri berkata beliau membaca ayat al-Quran untuk menghentikan penyerang mencabulnya, lapor akhbar al-Madinah kelmarin. Akhbar Arabnews melaporkan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu memberitahu akhbar itu yang beliau berjaya melindungi dirinya daripada serangan perogol itu dengan membaca lima surah kitab suci itu yang dipelajarinya secara bersungguh-sungguh.

“Setiap kali beliau menghampiri, saya mula membaca al-Quran dan penjahat itu melepaskan saya,” katanya.


Lagi berita di sini : Berita Harian Online Budak baca ayat al-Quran elak dirogol


*****

Betapa hebatnya Al Quran..

Mungkin pelaku jahat tersebut berasa tidak tenteram bila mendengar bacaan Al Quran

Mungkin Dia faham bacaan Al Quran tersebut..Langsung merasa tak keruan

Ini salah satu bukti yg bacaan ayat2 Al Quran bisa melindungi kita dgn izin dari Allah swt.



*****

Teringat kisah pengislaman Saidina Umar..bagaimana dia memeluk Agama islam setelah mendengar bacaan Al Quran oleh adiknya..

Setelah mendengar bacaan ayat Al Quran dari surah Thaha ayat 14 yang bermaksud :

“Sesungguhnya Aku ini Allah, tidak ada Tuhan selain Aku kerana itu, sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku”.


Pemikiran saidina Umar bertukar terus..dan meminta di bawa berjumpa dengan Rasulullah.

Dan gempar la pada waktu itu, seorang Panglima Besar yg handal dan terkenal menyertai Islam..

Sesungguhnya terlalu banyak kelebihan dan kemulian Al Quran ni.


Dan mmg rugi kalau kita tidak pernah membacanya walau satu ayat.

3 comments:

s a r said...

Assalamualaikum :)

~thanks for sharing. hari belum tengok paper lagi. eheh.

Allah Maha mendengar Maha mengetahui kan. Dia akan sentiasa ada untuk membantu ketika kita dalam kesusahan. :)

nobody said...

Salam encek

Baca kisah ni
teringat kisah yang terjadi pada pagi sabtu lepas

isk isk
nanti dah berani
saye share :(

Wan said...

waalaikum salam wbt.. :)

cik sar - ur welkem..

betul..Allah sentiasa ada untuk hamba2 nye..bila kita slalu ingat Dia..Dia akan slalu ingat kat kita ;)

Kak long - cite pe tu

ok sy tunggu kaklong jadi brani ye..hihi ;)