SEDUTAN video dari kamera litar tertutup bertarikh 13 Oktober 2011 menunjukkan kejadian langgar lari ke atas kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang tidak dihiraukan oleh orang ramai. - Utusan
BEIJING 17 Okt. - Rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun di China yang dilanggar sebuah van dan kemudian tidak dihiraukan oleh pejalan kaki, menggemparkan negara ini dan menimbulkan kemarahan orang ramai kerana ia menggambarkan keadaan kurang bermoral dalam masyarakat moden di republik ini.
Video dari kamera litar tertutup bertarikh 13 Oktober lalu itu dan disiarkan oleh sebuah stesen televisyen tempatan merakamkan seorang kanak-kanak perempuan dilanggar sebuah van dan kanak-kanak itu ditinggalkan dalam keadaan berdarah di sebuah jalan raya di bandar Foshan, wilayah Guandong.
Media rasmi hari ini melaporkan lebih 12 orang yang melalui jalan itu sama ada pejalan kaki atau menaiki basikal, tidak mempedulikan kanak-kanak itu sehinggalah dia dilanggar buat kali kedua oleh sebuah lori.
Seorang wanita kemudian menarik kanak-kanak berkenaan ke tepi jalan sebelum ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang pekerja asing di bandar itu tiba di tempat kejadian.
Akhbar China Daily melaporkan kanak-kanak itu yang kini dirawat di sebuah hospital, diisytihar 'mati otak'.
Agensi berita Xinhua melaporkan dua pemandu kenderaan yang melanggarnya telah ditahan polis. - Reuters
Lagi berita di sini : Utusan Malaysia Online - Luar Negara
*****
Aku tengok berita ni kat tv3 semalam
memang celaka betul la..kesian sangat kat budak tu..
2 kali kena langgar tu..macam langgar anak patung je..
sedih sangat tengok berita tu..aku tak sanggup nak tgk sampai habis..kejam sgt..dah takde perasaan langsung..
tu kat china..kat negara kita tercinta,malaysia pun boleh tahan teruk jugak..
macam2 kes penganiyaan terhadap kanak2 berlaku..
kes buang anak...kes bunuh anak..pengguguran..rogol..liwat..aishh..nak sebut satu2 kes tu pun dah takut sgt..
sedih sgt baca berita2 camtu..apsal la kejam sangat..
Pasal kes buang bayi..yg dilapor berjaya ditangkap membabitkan kes buang bayi ni kebanyakkan nya melayu..yg beragama ISLAM !!!!
Dah la berzina..pastu membunuh...
Takutla kita dengan Azzab Allah..kalu Allah nak bagi balasan kat kita..sekejap je..
Astagfirullah..mengucap panjang kadang2 bila baca paper tiap2 pagi..
No comments:
Post a Comment