Malam tadi aku mimpi melihat aku telah mati.
Mimpi melihat aku telah dikafankan..dan ramai yg menangis.
Lihat muka mak,ayah,adik2 muram sedih.
Lihat muka cik bunga..diam tak cakap..tapi air mata mengalir..berada disamping aku..
Disamping nya kelihatan anak2 kecil..mungkin kah itu anak2 aku dan cik bunga?..entah la..
Aku cuma bisa melihat sahaja..tidak bisa berkata apa2 pun.
Aku terkejut dan melihat jam menunjukkan masa 1130 malam.
Semalam memang aku tidur awal..kepala aku sakit..dan badan rase sakit2..
Tak pasti la apa makna mimpi aku semalam.
Yang pasti..aku bangun dengan keadaan seram sejuk..rasa nak demam.
Lepas buat solat tahajud..aku baring tapi tak boleh melelapkan mata..
nak call cik bunga..rasenya dah lewat sgt..smlm masa dia sms aku jam 10 mlm..aku dah tido..
Mesti dia marah aku semalam..sebab tertido lagi waktu bersms dengan dia..
Perasaan aku pagi ni bercampur2..masih memikirkan mimpi semalam..
Baca reply sms cik bunga pun..aku rase macam ada perasaan marah dari dia..
Entah la..
2 comments:
assalamualaikum encik wan.
hmm. sabarlah encik wan. tu mungkin petunjuk Allah untuk mengingatkan kita. saya juga seringkali didatangi mimpi orang yang saya sayang pergi tinggalkan saya. (belum pernah pula mimpi diri ini pergi)
InshaAllah encik wan. Semua petunjuk Dia. Apa yang saya pegang tentang sebarang mimpi yang kita alami; kata seorang ustaz yang saya dengar;
"sebarang mimpi yang mendatangi kita pada malam hari ketika kita sudah pun membaca doa sebelum tidur, inshaAllah itu semua petunjuk Allah. jika mimpi yang mendatangi kita ketika kita tidur yang tidak sempat membaca apa, segalanya permainan syaitan yang mengusik-usik hati kita."
InshaAllah encik wan. Tiada apa. Mungkin semata-mata petunjuk Allah pada encik wan yang mungkin sedikit terleka denganNya. Mana kita tahu kan? May Allah bless u always encik wan. Buat cik bunga juga. inshaAllah.
p/s- malam tadi saya ada mimpi jugak. tapi saya mimpi seorang sahabat yang dah lama saya tak jumpa dalam kesedihan. bila saya tanya kenapa. dia kata dia nak belajar solat jenazah. uhu. terperanjat sekejap.
W'salam cik sar :)
terima kasih..
Mudah2an mmpi tu petunjuk dan ingatan dari Allah kpada saya..
Kadang2 tu dalam sibuk2 mengejar dunia..kita ambil ringan perintah Allah..lmbt2kan solat..pegi ke tmpt2 yg tak septutnya dgn alasan kerja..mcm2 lagi la..
Astagfirullah..
p/s:sy tumpang terperanjat jugak :)
Post a Comment