Pages

19 June 2012

Doa buat Kekasih

Seumur hidup aku,boleh dikira beberapa kali je aku menangis..

Kali terakhir aku menangis seingat aku adalah ketika keputusan SPM keluar.Mase tu result tak berapa nak gempak dan aku rase aku telah mengecewakan mak dan ayah.Mase tu mase berdoa lepas solat..aku menangis memohon kepada Allah swt supaya aku tak tergolong dalam golongan yang mengecewakan kedua ibu bapa..menjadi derhaka kepada mak dan ayah.

Itu citer dulu la..

Tapi petang tadi,tiba-tiba aku menjadi sebak ketika berdoa.

Aku menitiskan air mata ketika berdoa buat isteriku.

Terasa pedih sangat di hati..mungkin kerana kami berdua duduk berjauhan kerana kerja kami.

Semoga Allah memberkati hubungan kami suami isteri.

buat isteri ku Cik Bunga...

Abang sayang isteri abang.


No comments: