Maksud Firman ALLAH S.W.T. di dalam Surah Al-Isra’ ayat 23 hingga 24,
“Dan Tuhanmu (ALLAH) telah memerintahkan hendaklah kamu jangan menyembah selain dari Dia (ALLAH), dan hendaklah kepada kedua orang ibu-bapa berbuat baik dengan sempurna. Jikalau salah seorang dari ibu-bapamu atau keduanya sudah sampai kepada umur tua, janganlah sekali-kali kamu berkata, ‘Ah!’ kepada mereka. Dan jangan (pula) kamu menengking mereka. Dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang sopan (dan hormat).”.
“Dan berbaktilah kepada keduanya dengan perasaan kasih sayang (yang mendalam) dan ucapkanlah, ‘Wahai Tuhanku (ALLAH) ! Kasihanilah keduanya (ibubapaku) sebagaimana mereka telah mendidikku sewaktu kecil.”.
Dan INGATLAH ! Jika ibubapa kita tidak meredhai dan mereka murka kepada kita terhadap kederhakaan yang kita lakukan kepada mereka, maka, yang menunggu kita adalah kemurkaan ALLAH dan kita tidak akan diredhai oleh ALLAH S.W.T. kerana kederhakaan kita terhadap mereka dan ini bertepatan dengan hadis Nabi S.A.W..
Dari ‘Abdullah Bin ‘Amr r.’anhuma memberitakan Rasulullah S.A.W. bersabda,
رضا الرب في رضا الوالد، وسخط الرب في سخط الوالد
Ertinya :
“Keredhaan Tuhan (ALLAH) menurut keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Tuhan (ALLAH) menurut kemurkaan ibu bapa.”.
(HR. At-Tirmidzi : Sahih)
*****
emosi bila memahami maksud ayat dalam surah Isra' ayat 23& 24 ni...lagi emosi bila melihat dan mendengar imam ni baca ayat quran ni..
Ishh...sedangkan nak cakap "uff" pun Allah larang..inikan pulak nak meninggi suara dengan mak bapak kita..
Selalu jugak aku baca kat paper..kat internet..crita pasal anak derhaka pada mak bapak..hantar mak bapak ke rumah orang tua..biarkan mereka susah..
ada tu pulak..sampai sanggup nak pukul..yang lagi teruk sampai ada yang bunuh mak bapak sendiri..
kita ni..mak bapak tu sorang je la yg kita ada kat dunia ni..
Jagala..hormatilah..sayangilah ibu bapa kita selagi mereka masih ada..
Doakan mereka selalu..
Andai kata mereka pergi dulu dari kita..selalu la berdoa untuk mereka..
semoga Allah tempatkan mak bapak kita di syorga bersama orang2 yang beriman..
No comments:
Post a Comment