2012 meninggalkan pelbagai peristiwa suka dan duka keada aku.
2012 juga menyaksikan aku mengakhiri zaman bujang ku dengan seorang wanita yang cantik rupawan..yang baik pekertinya yang sangat aku sayangi.antara peristiwa penting dan istimewa dalam hidupku.
dalam tahun 2012 juga, pelbagai isu,konflik melanda aku di tempat kerja..politik kotor, dipergunakan, dikambing hitamkan.hasilnya tiada bonus untuk aku tahun depan.
emmm..macam2 planning terbantut sbb tk dpt bonus tu..serabot jugak kepala aku sekarang ni.
sebagai penutup 2012..Sabtu lepas, kereta aku buat hal.sebetulnya aku yg buat hal.boleh percaya tak aku tercicir kunci kereta.sila la percaya.
bodohkan aku..bende yg begitu penting boleh aku buat endah tak endah je.
sudahnya menyebabkan aku rabak dekat RM1000 untuk tukar kunci kereta satu set.
Termassuk la duit minyak ulang alik dari Rompin - Keratong - Meru - Keratong - Rompin.
Rase demam satu badan aku sabtu lepas.Sampai kan Cik bunga cakap ngan aku..aku ni nak kena mandi bunga..banyak sgt masaalah..huhu
Itu la penutup yg cukup berharga untuk aku tahun 2012 ni.
Untuk 2013, aku mengharapkan kebaikkan untuk diriku dan keluargaku.
Insyallah, aku dan cik bunga bakal menimang cahaya mata Mei ini. Mudah2an Cik Bunga dan anak kami sentiasa dalam keadaan selamat dan dirahmati Allah selalu.
Aku juga berharap tahun 2013 ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya.
No comments:
Post a Comment