Pages

21 January 2013

Adab Ibu ketika Mengandung



Antara amalan yang dianjurkan untuk ibu yang hamil ialah berzikir mengingati Allah SWT serta memperbanyakkan membaca al-Quran. Kerana dengan amalan tersebut boleh memberi ketenangan pada jiwa dan memberi kesan yang positif kepada bayi dalam kandungan. Allah SWT berfirman dalam surah al-Ra’d ayat 28:

Adab Ibu ketika Hamil
Maksudnya:
Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang.


Adab Ibu ketika Mengandung

Antara adab ibu ketika hamil:
    1. Ibu hendaklah teguhkan iman dan sentiasa ingat kepada Allah SWT

    2. Ibu hendaklah rajin mengaji, supaya kandungan bijak bistari

    3. Ibu hendaklah tenang supaya kandungan berasa tenang

    4. Ibu hendaklah taat beribadat supaya kandungan sihat walafiat

    5. Ibu selalulah berdoa supaya supaya kandungan sihat sejahtera

    6. Ibu hendaklah terhibur supaya kandungan subur

    7. Ibu perlulah tangkas supaya kandungan menjadi cergas

    8. Ibu perlulah banyak bergerak supaya kandungan menjadi segak

    9. Ibu mengandung perlulah mulia supaya kandungan menjadi manusia

    10. Ibu mengandung perlulah tabah supaya kandungan diberkati Allah




Petua untuk bakal ibu

Setiap pasangan berkahwin pasti mengimpikan cahaya mata sebagai pengikat kasih mereka. Tentunya berita kehamilan paling ditunggu selepas diijabkabulkan, namun kehamilan buat pertama kali pasti memberi pengalaman baru kepada setiap wanita.
Perasaan berdebar, takut dan gembira pasti menyelubungi setiap pasangan. Banyak petua dan pantang larang perlu diikuti sewaktu berbadan dua bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.
Pengalaman hamil pasti memberi pengalaman manis sebelum bergelar ibu. Gejala seperti morning sickness, loya, pening antara simptom biasa dialami setiap bakal ibu.

Sumber : http://harianislam.com/




******
Info menarik untuk dikongsi bersama.

ye lah..dalam pada tak sabar nak timang2 baby. kita kena la jugak memperkayakan diri dengan ilmu kan..supaya kita lebih bersedia.Insyaallah


No comments: