Pages

12 February 2013

Nama Anak

Susah jugak nak bagi nama anak ya.

Sekarang ni usia kandungan isteriku sudah masuk 7 bulan.

Masih tercari cari lagi nama yang sesuai untuk diberikan kepada anakku nanti.

Sebenarnya sudah ada beberapa nama yang aku berkenan.

tapi Cik bunga reject bila nama tu sama dengan nama anak murid dia atau nama anak jiran dia..atau mungkin nama pakwe lame dia..hehehe..ntah la.

Aku ada suggest nama kalau anak lelaki nak letak nama Irfan.Tak abis sebut ...faann tu dia dah reject..budak nakal katanya.

pastu aku cakap kalau Haziq atau Hykal camne..dia reject jugak..nakal katanya.

ada la 2 -3 nama lagi..semuanya di reject dengan mengelengkan kepala je..huhuh

dalam pada reject2 tu..kami dah setuju untuk sementara ini kalau dapat baby girl..nak kasi nama Cahaya Imani.

Kalu baby boy nak letak nama depannya Asyraf (yang Mulia)

Kami plan jugak, kalau baby boy nak letak kombinasi A dan F..jadi kalau A tu Asyraf..tinggal nak carik untuk F je la.

Kalau baby girl plak..Selain letak Cahaya (Nur).aku suka juga kalu nama Imani tu digabungkan dengan Dhiya.

Maksud Dhiya tu sinaran.jadi Dhiya Imani.(Sinaran iman ku)

Setakat ni tu je la yang berkenan kat hati ni.

Untuk baby boy plak, untuk nama bermula F, adalah beberapa nama yang aku suka.antaranya :

Firas - bijaksana

Fawwaz - Berjaya

Fahim - yang faham

Fahmi - Kefahamanku

Baru baru ni pulak, aku suka plak dengan nama Ar Rayaan (nama Syorga) atau Aryan (kekuatan).

kalu tanya cik bunga plak..dia suka kalau baby boy letak nama Asyraf Imtiyaaz ( pilihan yang Mulia)

Nama ni nama yang mula2 kita orang gabung setelah survey kat Internet masa cik bunga  baru mengandung sebulan.

Emmm...susah jugak ye. kena pilih betul2.Sebab nama ni nanti dia akan bawak sampai bila2 kan.

kalau tengok kan pilihan nama2 ni..aku lebih cenderong untuk pilih nama lelaki.

sebenarnya kami tak scan lagi jantina baby kami ni.

tapi pagi tadi masa cik bunga pergi mengurut, nenek bidan yang mengurut tu cakap anak kami ni nanti baby boy.

Dia cakap camtu lepas dia tengok struktur perut cik bunga jaatuh ke bwah.Kalau bulat dia kata baby girl.

ntah la..

Kami suami isteri trima je.tak kira lelaki ke perempuan.Rezki Allah nak bagi..Kami syukur sangat.

Semoga baby kami tu nanti sehat, cukup sifat, dan bila bersalin nanti cik bunga dan baby dalam keadaan selamat dan sihat slalu.

Tentang nama tu..emmm..susah jugak ni :)


bila Hadif dan Myra bergabung..abis besepah umah Uwan..hehe




No comments: