Pages

23 February 2013

Tukar Kerja baru

Diam tak diam sudah hampir 7 tahun aku bekerja dengan compeni sekarang ni.

Dari Shah Alam ke kelana Jaya dan sekarang kat bangsar South.

Pelbagai suka dan duka aku lalui dalam tempoh aku bekerja di sini.

Stress, bengang, gembira, kena maki,memaki,kena marah, memarah, kena kutuk, kena puji, kena tipu..dingorat aweks..di suwit2 oleh aweks..macam2 jenis pengalaman aku dapat selama bekerja disini..semuanya berharga belaka.

dan Tahun ini, bulan ini..aku akan letak jawatan dari bekerja dengan kompeni ini.

KENAPA?

banyak sebabnya.tapi yang utama nya kerana aku takmau keje shif lagi.

kedua nya ofis skang ni jauh dari rumah. setiap hari dekat 1jam 30 mnt pegi dan balik.

Ketiganya, aku dapat ofer yg baik dari kompeni lain.Kompeni baru aku ni ok jugak la.

sama macam kompeni aku skang ni. kompeni dari AMERIKA.

Selain tu, Aku nak carik keje yg off sabtu dan ahad.

Sebab aku dan cik bunga duduk asing2 sekarang ni.Jadi kalu kita nak plan apa2 kena make sure cuti aku dan cik  bunga sama.. dan selalunya memang susah nak plan sebab cuti aku mmg tak sama dengan masa cuti cik bunga.

Memang dah lama aku pikir pasal nak tukar keje ni. Dari tahun lepas lagi lagi.

Dulu dapat ofer keje dengan Shell, Aku tolak sebab aku rase sayang nak tinggal kompeni ni.

Tapi lepas pikir masak2..aku rase peluang camni mungkin susah nak dapat masa depan..jadi aku amik keputusan untuk ambil ofer dari kompeni Amerika tu.

BERAT HATI??

emm memang berat hati ni nak tinggalkan kompeni ni..Yela ..dah keje dekat 7 tahun.

Kawan2 kat sini dah aku anggap macam adik beradik aku sendiri..

Tapi..life must go on. i need to think about me and my family. family become my priority right now.

cehh..cakap omputih..hehehe

Insyaallah kalu takde pape hal..aku akan mula keje dengan kompeni Amerika tu 1 April nanti.

Semoga semunya berjalan seperti yang aku inginkan.Semoga Allah murah rezki aku dan keluarga.

Mudah2an segalanya dipermudahkan oleh Allah swt.

******
Sejak akhir 2 ni..lagu Black ni rasenya macam kena je dengan situassi aku seekarang ni.

Aku pernah cakap dengan cik bunga..perasaaan aku nak tinggal kan kompeni sekarang ni mcm lagu black tu..

nak tau apa balas cik bunga..

dia kata..aku ni ber DRAMAAA je lebih..banyak sangat tengok drama kat tv..huhuhu

pastu dia gelakkan aku..heheh




yang aku rase sama tu part lirik ni :

"Rahsia ini..Telah lama ku pendamkan..Tiba masanya..Segala-galanya Ku ceritakan..
Aku kan pergi..Pergi ku tak akan kembali..Tiba masanya..
Kau cari teman pengganti.."

sama tak??sama kan??

Aku rase kena la tuuu..hehehe..

3 comments:

Man said...

..dingorat aweks..disuwwitt2 aweks ye..

macam2 la ko ni wan..ahahahaha

Wan said...

hahahaha...percaya la man..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.