Pages

15 March 2013

Pencerobohan lanuns Sulu di Lahad Datu


Sudah lama tak update blog.

Kebelakangan ini aku lebih gemar mengikuti perkembangan di Sabah.

Hujung bulan lepas, kita digemparkan dengan kisah pencerobohan lanun Sulu yang menyeroboh masuk Bumi Malaysia untuk menuntut Sabah yang menurut mereka adalah kepunyaan mereka.

Setelah dekat hampir sebulan.. aku mendengar dan melihat pelbagai kisah tentang pencerobohan ini.

Takziah buat keluarga para pejuang kita yg gugur Shahid dalam menentang pencerobohan ini.

Semoga Allah menempatkan mereka di Syorga dan memberikan ketabahan di dalam hati setiap ahli keluarga mereka.

Aku sendiri merasakan amat sedih bila melihat para penceroboh dari Filipina ini yg jika dilihat gambar mereka seperti orang2 islam yg lain di Malaysia.


Pada masa yg sama aku merasa geram dan marah bila melihat tindakan kejam para lanun2 ini terhadap Polis dan tentera kita.Betapa kejam nya mereka ini apabila tidak menghormati jenazah parajurit kita yg mereka bunuh..Ada yg dicungkil matanya..ada yg dirobek perutnya...ada yg dipotong tangannya..dan ada juga yg di penggal kepalanya..Nauzubillahi minzalikk!!!

Orang yg beriman tidak akan melakukan seperti ini..KEJAM..sama kejam seperti Yahudi..sama kejam seperti Tentera bashar di Syiria..

Mereka ini sudah la datang ke rumah kita tanpa diundang..malah datang pula secara ganas..dan sekarang berlaku kejam terhadap ahli keluarga kita..

Satu kerugian pada kita orang2 islam bila Pihak keselamatan Kita terpaksa untuk membunuh saudara se Islam kita..andaikata mereka ini, para penceroboh beragama islam.

Yang tersenyum..pastila mereka2 yg ingin melihat Islam itu hancur..yang ketawa itu pastilah mereka yang ingin melihat huru hara di malaysia..dan yang puas itu pastilah mereka2 yang tamak..yang ingin menguasai Malaysia dan memiliki semua kekayaan bumi Malaysia ini.



Mudah2an Allah swt akan memberikan kekuatan dan ketabahan kepada pihak keselamatan kita dalam menghadapi pencerobohan ini.

Mudah2an Allah swt akan menggagalkan niat dan perbuatan jahat mereka2 yang ingin menghuruharakan Malaysia..yg berniat jahat terhadap Islam.

Semoga umat Islam seluruh dunia khususnya di rantau ini akan terus bersatu.

******

Bila berlakunya pencerobohan di Lahad Datu oleh pihak yang mengaku Sultan Sulu..aku melihat betapa pentingnya kita sebagai orang Islam kembali kepada Islam..kembali kepada cara hidup Islam..kembali kepada Ajaran Islam..jangan biarkan ketamakan dan kebodohan menguasai diri..

Aku juga melihat betapa pentingnya kita Generasi sekarang ini untuk mengetahui Sejarah bumi Malaysia ini..agar kita dapat mengettahui gambaran sebenar..perkara yg sebenar dan yg lebih penting lagi..dengan pengetahuan Sejarah ini akan memperkasakan kita..supaya kita tidak mudah untuk ditipu dan yang lebih penting lagi..semoga peristiwa Robohnya kota melaka tidak akan berlaku lagi...


******

Aku pernah bersembang dengan cik bunga pasal hal ini..hal pencerobohan ini..

andaikata perkara ini menjadi lebih parah..diamana malaysia diancam dan diceroboh dan ingin dijajah kembali seperti mana waktu pendudukan Jepun dahulu..

andaikata kerajaan menyeru agar rakyat malaysia berjuang bersama..

pasti aku akan menyertainya..

Dan aku yakin ramai dikalangan rakyat Malaysia khususnya orang Melayu Islam, pasti akan bersama dan bersedia untuk berkorban dalam mempertahankan kesucian Islam..mempertahankan kedaulatan negara kita..mempertahan dan melindungi orang2 yng kita sayang..



Sarjan Hassan : "Dengar sini kawan-kawanku sekampong, aku berharap janganlah hendaknya ada lagi manusia seperti ini (Buang) di tanah air kita..kerana manusia seperti inilah yang akan merosakkan keturunan kita. Ya...memang bangsa kita masih muda dan lemah.... tapi aku tak peduli itu semua. Harapanku adalah agar kita semua haruslah bersatu padu sesama bangsa".

No comments: