As Salam..
Selamat datang Ramadan..bulan yg penuh barakah..
Bersyukur kepada Allah swt..kerna masih memberikan aku peluang untuk merasai dan melalui setiap saat-saat indah di dalam bulan Ramadan.
Lebih besyukur lagi kerana dikurniakan aku saorang isteri yang sangat baik..yang sentiasa ada untuk aku sewaktu susah dan senang...terima kasih ya Allah kerana memberi aku peluang menjadi suami kepada cik Bunga.
Aku juga bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjadi seorang bapa kepada dua orang anak ku yang comel.Smoga Ashraf dan Aniq dapat menjadi anak yang soleh..yang baik budi pekertinya..yang sentiasa beriman kepada mu ya Allah.
Tiada yang lebih indah daripada masih berpeluang menyambut Ramadan ini bersama Emak dan Ayah..aku sayang emak dan ayah.Rahmati lah mereka berdua ya Allah..
Terima kasih ya Allah.
Terima kasih ya Rahman.
Terima kasih ya Rahim..
No comments:
Post a Comment