TIPS DARI BUKU "MUDAHNYA MENJEMPUT REZEQI"
Saya nak share cara jemput rezeqi dari buku 'mudahnya menjemput rezeki'
Buku yang hebat dan sangat benar apa amalan yang dicadangkan!!
Beza CARI dan JEMPUT rezeqi
Beza menjemput dan mencari rezeqi...mencari kita tak tahu rezeqi dimana..tapi menjemput, kita dah tahu rezeqi tu dimana..iaitu dari Allah swt.
Analoginya seperti menjemput org..kita tahu dah dia dari mana..jemput je..kalau cari org..kita tidak tahu dia di mana maka kita cari..
Jadi bagaimana menjemput rezeqi..buatlah Apa yang Allah suka jauhi apa yang Allah tidak suka..itu sahaja tak payah pening- pening..
Yakin sungguh-sungguh memang rezeqi dr Allah..(At Thalaq 65:2-3)
Amalan 1:
Pelihara solat
-solatlah di awal waktu
-yakin Allah beri rezeqi maka solatlah dengan lebih berkualiti
- segalanya dari Allah..yakin!yakin!yakin!
-keberkatan rezeqi termasuklah kesihatan, keberkatan masa, ketenangan dan banyak lg yg kita jarang appreciate
Amalan 2:
-tahajjudlah
- masterkey untuk jemput rezeqi
- emergency number umat Islam: 24434 tambah ext 83 (lapan rakaat tahajjud dan 3 rakaat witir)
-apa shj hajat dipohon dari Allah
Amalan 3:
-solat Dhuha
-menjamin keberkatan rezeqi dan waktu
-ada org pintar kurang rezeqinya, ada orang siang malam kerja pun masih tak cukup keperluan, carilah keberkatan
-waktu dhuha 25minit selepas terbit matahari hingga sebelum zuhur
Amalan 4:
-zikir
-cara mudah beramal hatta atas tilam empuk sekalipun
- membasahkan hati dan menundukkan jiwa kepada pencipta
-muraqabbah (dekat dengan Allah) dan merasakan Allah memerhati
-zikir yang mudah tetapi hebat pulangannya iaitu 'La ilahaillallah'
-subhanallah,alhamdulillah,Allahuakbar (10x each)
-subhanallah 33x, alhamdulillah 33x, Allahuakbar 34x
Amalan5:
-Berdoa
-Apabila Allah melepaskan lidahmu untuk meminta, Allah mahu mengabulkan
-berdoalah terutama waktu mustajab
Amalan 6:
-Berdoa utk orang lain
-kita doa kejayaan orang lain..kejayaan akan datang pd kita..
Amalan 7:
Sedeqah
-lebih banyak kita beri kerana Allah, lebih banyak Allah akan beri pada kita..yakinlah
Allah Maha Pemurah..
**Credit dan penghargaan kepada Dr Anayasmin
No comments:
Post a Comment