Lelaki itu mendakwa cuba menghormati Ramadan tetapi terpaksa datang ke kelab itu untuk berhibur kerana tertekan ditinggalkan teman wanita. Dalam serbuan terbabit, selain penahanan lelaki berusia 28 tahun itu, turut dicekup lima wanita Islam yang berpakaian tidak senonoh.
Semua mereka ditahan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor dan dibawa ke pejabat Jais untuk diambil keterangan.
Bagaimanapun, kehadiran pihak berkuasa di kedua-dua pusat hiburan terbabit berjaya dikesan pengunjung beragama Islam menyebabkan mereka bolos dengan melarikan diri mengikut pintu rahsia. Serbuan kira-kira jam 1 pagi itu yang disertai Bahagian Penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang jaya (MPSJ) serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) turut menahan enam lelaki kerana terbabit dengan penyalahgunaan dadah. Lima remaja bawah umur turut ditahan.
Yang Dipertua MPSJ, Datuk Adnan Md Ikhsan yang menyertai operasi itu berkata, ini bukan kali pertama operasi dijalankan namun masih ada pengusaha kelab hiburan yang tidak mematuhi undang-undang.
“Kita mendapati kedua-dua pusat hiburan ini membenarkan remaja bawah umur masuk untuk berhibur sedangkan mereka masih bersekolah. Remaja terbabit akan diambil keterangan manakala pusat hiburan itu akan didenda RM5,000 kerana melanggar syarat pusat hiburan.
“Manakala enam lelaki yang positif mengambil dadah akan ditahan oleh pihak AADK mengikut Seksyen 3 (1), Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983 jika sabit kesalahan boleh di tahan di pusat pemulihan selama dua tahun,” katanya semalam.
Sumber : MyMetro
Said meriwayatkan dari Qatadah r.a. berkata Rasulullah SAW bersabda: "Empat macam orang yang tidak akan mendapat bau syurga padahal bau syurga itu terbau dari jarak perjalanan lima ratus tahun iaitu Orang bakhil (kedekut), Orang yang mengungkit pemberiannya, Orang yang tetap minum khamar dan orang yang durhaka terhadap kedua ibu bapanya."
-sumber dari Pemuda Ahli Sunnah
***
Tak tau nak cakap dah..Kat malaysia ni sekarang kalau nak tgk org yg mengaku Islam minum arak..senang je..dah tak sengan minum secara terbuka..ada tu siap bangga minum arak..kononnye minum arak ada class.
Class my ass..macam celaka.
Bulan pose pun nak minum jugak..agak2nye setan2 semua gembira melihat segala ajarannya dan hasutan selama 11 bulan berjaya dipratikkan oleh pengikut2 nya..
Jgn sampai minum pastu sedawa cakap Alhamdulillah..mmg nak kena pelangkung..kalu aku dgr.
1 comment:
inilah tanda dunia semakin tua....
Post a Comment