Pages

05 June 2011

Khasiat pisang..baru aku tau..


Zat yang terkandung dalam sebiji pisang ternyata sangat banyak. Pisang yang benar-benar masak lebih mudah dicerna dan gula buahnya telah berubah menjadi glukos semula jadi dan proses penyerapan serta peredarannya di dalam darah juga menjadi lebih cepat.


1. Sumber Tenaga

Pisang dapat dicerna dengan mudah. Gula yang terkandung di dalamnya diubah menjadi sumber tenaga yang bertindak secara cepat dan berkesan. Ia baik untuk pembentukan tubuh, fungsi otot dan sangat berkesan untuk menghilangkan penat.

2. Penderita Anemia.

Pesakit anemia disarankan untuk menikmati 2 biji pisang setiap hari kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi.

3. Penyakit Usus dan Perut

Pisang yang dicampurkan dengan susu cair dijadikan sebagai usaha untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan usus. Selain itu ia juga disarankan untuk pesakit yang mengalami masalah sakit perut dan angin demi menyeimbangkan semula jumlah asid dalam perut.

4. Mengubati Luka Akibat Terbakar

Daun pisang juga boleh digunakan untuk mengubati kulit yang terbakar dengan cara menyapu campuran abu daun pisang yang telah dicampurkan dengan minyak kelapa. Ia mempunyai kesan yang menyejukkan kepada kulit.

5. Kecantikan Wajah

Pisang yang telah dihancurkan dan dicampurkan pula dengan sedikit susu serta madu boleh disapukan pada wajah setiap hari secara rutin selama 30-40 minit. Kemudian basuh wajah anda dengan air suam dan membilas wajah anda mengggunakan air sejuk atau ais. Jika anda ingin melihat keberkesanannya, lakukannya selama 18 hari berturut-turut.

6. Atur Berat Badan

Pisang juga mempunyai peranan dalam penurunan dan penambahan berat badan. Anda boleh menurunkan berat badan dengan mengamalkan pengambilan 4 biji pisang dan 4 gelas susu tanpa lemak atau susui cair, setiap hari. Jumlah kalori yang terkandung dalam menu tersebut hanyalah sejumlah 1,250 kalori sahaja.

7. Kecantikan Semula Jadi

Berdiet dengan buah pisang juga boleh menjadikan kulit wajah anda tidak berminyak dan bersih. Dengan menikmati segelas ‘banana milk-shake’ yang dicampurkan dengan madu, buah-buahan, kacang dan mangga setiap kali selepas makan, ia boleh membantu menambahkan berat badan. Bagi anda yang berhasrat untuk menambah berat badan, anda boleh cuba resepi ini.

8. Menambah Nafsu Makan

Nikmati 2 biji pisang berserta satu sudu besar madu untuk menambah nafsu makan dan menguatkan kembali tenaga anda.


*Sumber info dari : epetua


*****
nape tibe2 cite pisang ni?..panjang citer nye..

Tgh2 blogwalking terjumpe petua di atas kat sini ..cube cek la..mmg banyak petua yg bagus2 kat sini.Macam2 petua ada..

semalam masa aku borak2 ngan cik bunga..cik bunga ckp dia nak tambah berat badan..kurus sgt katenye..hehe..


aku plak baru start diet..nak kurangkan berat badan..kang tak sepadan plak ngan cik bunga kn..hehe

Jadi skang ni kitaorang tgh menambah dan mengurang la..hahaha

Ilmu mengenai pisang ni mmg bagus untuk di share..hehe

nape ada kaler2 kuning ngan hijau tu?

Highlight kaler kuning tuk cik bunga..yg kaler hijau tu untuk ingatan aku..haha

Mmg byk sebenarnye khasiat pisang ni..

mase kecik2 dulu..kalu berak keras..tokwan pesan mkn pisang..pastu berak mmg stedi..takde nk teran2 sgt..

pernah dulu mase kecik2  jatuh mase main beskal..kecik2 lagi dh pandai merempit kn..hehe..tokwan amik kulit pisang sapu kt luka tu..mmg magic pastu darah pun berenti meleleh..byk lagi la kegunaan pisang ni..selain daripada sedap dimakan..

cuma satu je pesan..Jgn wat bende2 pelik yg lain dgn pisang plak..siap kalu dpt tau..hahaha

ok selamat berpisang..dan selamat beramal..

7 comments:

Yellow Dreams said...

salam...hai..
pisang mmg memberi sumber tenaga segera..sy merupakan seorang guru..kebiasaannya jika sy bw pelajar2 sy ke kejohanan sukan dan olahraga mmg kmi akan sdiakan pisang dan coklat utk mereka mkn. slain tenaga segera ia juga dpt mghilangkan pnt..
btl lah spt yg saudara nyatakan tu..

Wan said...

hi yellow dreams :)

mmg betul..pisang ni mmg byk khasiat

s a r said...

ooo..maknanya saya kena ambik yang kaler hijau gak ni. ~uhu.

jom puasa di bulan rejab. Sekaligus lebih mustajab. :)

Wan said...

hi cik sar :)

kalu camtu same la kite..hehe

jom..rejab..sya'ban dan ramadhan..

puasa ni mmg bagus kn cik sar ;)

Encik Psychopath said...

pisang hidup jugak best.

nobody said...

Salam... bro

i'm sorry
but i was able to read encek punye most recent post...

maybe encek dah unpublish balik kowt...

just that,
perempuan ni memang unik
she is to be love
not to be understood

just that,
keep going
trust yourself
your love
sure there will be ways

just that,
keep patience
and give attention
to everything she need

just that,
always pray
and istikharah
may she will be yours

to my dear cek bunga...
if you read this,
i just wanna share
the way you feel, is the same way i feel...
banyak2 doa + istikharah

saye pernah menyesal kerana kehilangan lelaki baik yang saye cintai hanya kerana tak kuat melawan perasaan tak layak, rasa nakal dan rendah diri...

baby, as long as you feel that way.. you are good enough, because we aware that we have to improve... :)

***
tak sabar nak nengok encek adik berdua ni naik pelamin...

amin :)

satukanlah mereka Ya Allah, andai itu yang terbaik buat mereka ^^

Wan said...

Armouris: thanks untuk info itu :)

Encik Psycho: lain mcm bunyi tu..hehe..tapi pisang mmg sedap dimkn begitu saje

Cik NB :wsalam,tq ye ;)