**pic from Internet
*****
Ini bende paling hot minggu lepas..
satu dunia mungkin cerita pasal ini..
bangga tak..bila dunia melihat apa yg terjadi..
ntah la..pada aku..menyusahkan aku adalah..
trafik jem sana sini..KL mmg tak payah masuk la..
mujur tak jadi apa2 yg lebih parah..
dari hari malam khamis minggu lepas..jem gile..nak pegi keje..nak balik keje..mmg terganggu la..
minggu ini sume kembali tenang..
aku tgk jalan yg selalu aku lalu pegi balik keje..tenang mcm biasa..tidak lagi jem teruk cam minggu lepas..
Apa yg kita dapat dari Bersih 2.0 ni..ntah la..
aku tgk minggu lps tu penuh dgn unsur politik..politik yg menyesakkan..aku rasa la..
tentang Bersih 2.0 ni..aku ada baca satu entry dan personally..aku amat setuju dgn entry dari Mistis files ni:
antara isi entry tersebut :
"..Jika Bersih 2.0 dianjurkan oleh PAS dan isunya ialah tentang memperkasakan Islam dan Hukum Allah,maka saya menggalakkan semua muslim di Malaysia supaya sertai Bersih 2.0 ini.Pedulikan polis-polis yang menjadi hamba demokrasi itu.Lawan tetap lawan.Lawan untuk siapa?Lawan demi Allah Azza Wa Jalla.Yang menciptakan saya dan kamu..."
"..PAS dan UMNO perlu belajar seni perancangan musuh-musuh Islam.Jika anda-anda semua mahu berpecahbelah,silakan.Namun datanglah masjid untuk solat berjemaah bersama-sama.Rapatkan saf anda.Lambat laun Allah Yang Maha Pengasih akan menyatukan hati-hati anda.Anda semua adalah bersaudara..."
untuk selebih nye korang bole cek sendiri kt blog tu ye..
Dengar cite Anwar injured minggu lepas..pasal perhimpunan ni la..
ntah la..kadang2 bosan jugak baca cite pasal Anwar ni..dah tak tau mana satu yg betul..mana satu yg salah..
Semoga Malaysia sentiasa diberkati Allah dan dijauhkan dari malapetaka dan pecah belah.
Semoga kita sentisa hidup aman damai.
**amacam sereyes tak entry kali ni..takde cinta2 kan..hehehe
3 comments:
~serius nya :P
salam encek wan.
hmm, isu ni memang hot la. betul la kata encek wan. dah tak tau dah mana betul mana salah sebab ni semua dah bukan menegakkan apa yang sepatutnya. lebih kepada kuasa dan ketamakan masing2. hmm, tak tahu lah. itu yang saya rasa je la dari pemerhatian sekarang ni.
hm, pasal perhimpunan tu ada saya dengar, ada antara mereka yang pergi tak tau hala tuju sebenar perhimpunan tu. just pegi nak sama2 sokong je. ~buang masa tenaga plus mengusutkan keadaan dah sedia kusut kot.
setuju dengan kata2 dari blog tu. andai betul arahnya, memang digalakkan kita sama2 menyokong. tapi kalau tidak, jawablah di sana kelak.
dengan erti kata lain. saya sebenarnya encik wan, tak berminat pun politik ni. sekdar mengikuti perkembangan yang penting je. eheh. sebab kalau emo sangat ambik tahu, lain dah jadinye ye tak.
prinsip saya senang je, andai kita tak berpecah belah, hidup tak merana, dah syukur alhamdulillah. masalah dalaman tampuk kepimpinan, hanya mereka2 yang terlibat sahaja yang tahu. kita yang tak berkuasa ni, tak perlu sama2 emo melampau. ikut andai rasakan betul je.
Andai amanah yang diberi disalah guna, hanya Dia yang akan mengadilinya nanti.
sekian. saya pulak emo. ~ahaha
wsalam..hi cik sar :)
ye la..setuju jugak ngan cik sar..
setiap pemimpin tu bertanggungjawab keatas apa yg dipimpin kn..
amanah kena jaga dgn betull..tak ble wat main2
kadang2 tu sy bertanya pd diri sendiri..kenapa kita melayu berpecah belah..sdgkan kita ni sebangsa..seagama..sebahasa..
kalu la kita terus2an berpecah belah..silap2 agama kita ble tergadai..org2 bukan islam ni cuma tunggu masa yg sesuai je..
jgn emo lama2 tau..nnti cpt tua..hehe
hurm ...
*masih menganalisa*
kanak2 rebina lambat pick up ckit what should be and what shouldn't :)
harap abang kakak yang dah makan garam sampai BP(blood pressure) naik ni bulih tunjuk ajar :p
there's pro and cons for everything actually
the way we see it might be different from a homosapien to the other ^^
and its based on someone background, knowledge and culture :)
peace no war :D
Post a Comment