Ahad lepas aku sama cik bunga pergi tengok wayang..
Kitaorang tengok citer yang tengah top kat Malaya ni..citer Ombak Rindu..
boleh tangkap feeling tengok citer ni..huhu
Filem Ombak Rindu ini lebih kurang la menceritakan tentang Izzah(maya karin), seorang gadis melayu di kampung yang keje nya mengambil upah mengajar ngaji dan juga mengambil upah sebagai pelayan digerai kampungnya bagi menyara kehidupannya serta pakcik dan makciknya.
Izzah ni seorang anak yatim piatu. emak ngan bapak nya dah meniggal dunia ketika mencari rezeki dilautan. Pakcik Izzah ni sangat jahat wataknya..pernah jugak cuba untuk merogol si Izzah ni..nasib baik makcik dia muncul ontime..kalu tak pakcik nye la org pertama yang menyentuh Izzah..pelawok..pelawok..pelawok betul pakcik dia ni..
Pertemuan Hariz( Aron aziz) dengan Izzah di kelab malam,Hariz jugak telah 'main' dengan Izzah dan Hariz jugak merupakan lelaki pertama menyentuh Izzah.rasenye si Hariz ni kesian kot dengan Izzah sbb tu dia tebos Izzah dan disimpannya kat rumah tepi pantai yang ada buaian, Hariz juga telah “menikahi” Izzah secara senyap-senyap lepas si Izzah nangis2 merayu supaya menikahi dia..
Dari situ muncul plak mak Hariz iaitu Datuk Sufiah. Tidak lupa juga kekasih Hariz, Mila Amylia(lisa surihani yg aku rase tak bole jadi jahat sbb dia comel)yang ingin sangat berkahwin dengannya. Serta kemunculan Pak Dollah juga menceritakan segala kebenaran yang telah lama disimpan..
Antara adengan2 dalam filem yang aku rase buat penonton feeling tgk citer ni :
Babak pernikahan Hariz dan Izzah, agak simbolik “barang hantaran” antara mereka berdua. Hariz hanya memberi Izzah jam tangannya manakala Izzah memberikan “jam buruknya” juga sebagai balasan hantaran. Walaupun hanya jam tangan sahaja sebagai hantaran perkahwinan mereka berdua, diaorang amat menghargainya kerana ianya tanda Cinta mereka berdua.memang felling part ni.. Lagi-lagi babak masa jam tangan Hariz yang dipakai oleh Izzah terjatuh ke dalam sungai. Izzah punya sedih… Fuh!~
Aku siap bagitau ngan cik bunga nanti hadiah hantaran nak kasi jam tangan jugak..hehe
Adengan Hariz mengejar, mencari dan menengking Izzah supaya mengugurkan kandungan dalam perut Izzah. Agak berdebar-debar juga la dibuatnya..saspen jugak..aku ingat mati jugak la si izzah ni kena belasah sama Hariz..dah macam rupa Malek dalam KL gangster je.. Memang mengamuk sakan Hariz walaupun Izzah sebenarnya muntah pening sebab datang bulan!!..cehh
Dari Hariz melayan Izzah seperti orang gaji hingga akhirnya membawa perasaan Cinta terhadap Izzah memang best. Kita akan faham kenapa bila benci seseorang itu akan membawa kepada percintaan..ceewahh
Babak Izzah kena halau dari rumah Hariz dengan mak Hariz memang sedih sangat.aku boleh rasa geram sangat dengan watak mak Hariz tuh.rase nak lempang pun ada..
Lagi satu yang best pasal cite ni..pemandangan latar..best sgt..cantik..pemandangan kat cameroon highland..kat rumah hariz..siap ada buaian tu..kena plak dengan laut dan ombak..
Pada sape2 yang nak tgk citer ni..rasenye tak payah la bawak budak2..sbb ada adengan2 berat dalam citer ni..tak sesuai di tonton bersama dengan anak2..
ada dialog dalam filem ni yg aku rase ramai yg setuju..
"..cinta itu tidak kejam...cuma manusia saja yang tidak tahu menghargainya.."
1st time aku tengok filem..boleh feelling camni..
orang sebelah aku,cik bunga..dah mula nak nangis dah..ada 2-3 part dalam filem tu aku tengok cik bunga bergenang air mata dia..bila tanya tak ngaku..hehe
Lenkali kita pergi tegok wayang lagi ye cik bunga..hehe :)
4 comments:
perghh..layan cite ombak rindu tu..hehe
reti plak kawan aku ni beli tiket..kahkahkah..jgn marah ye iwan...tiba-tiba teringat citer lama.. hehehe
salam encik wan.
~ahaha. tumpang gelak lagi dengan ayat man. :P
p/s- try baca novel nya la encik wan. :D
man :huhu..takmau kawan..
hehe..dh pndai la..cik tunang yg tunjuk kn..hehe
cik sar: wsalam...glkkan sy jugak ye..huhu
aa..sume ckp novel lagi..cik sar dah baca ye :)
khatam banyak kali dah. hee. nak lagi best baca sekali 2 lagi sambungan ombak rindu. cuba tanya cik bunga. mesti dia tahu. hee. cerita sampai Hariz jadi Tuan Haji Hariz, anak 3. hee
Post a Comment