Kandungan Baby kami kni berusia 24 minggu..ada lagi lebih kurang 16 minggu sebelum baby kami lahir ke dunia..insyaallah
Cik bunga sekarang pun nampak sihat dan gembira je semenjak dapat tukar mengajar ke Keratong ni.
Aku pun tumpang gembira jugak dan sebenarnya rase lega sedikit sebab kat sini takde la cik bunga sorang2.
Ada la mak mertua dan adik ipar tinggal sama2.
ye la..kami masih duk asing2..duduk berjauhan..risau jugak kalau2 jadi apa2, sakit pening..sekurangnya ada mak untuk tolong tengok2an.
Alhamdulillah..rezki baby agaknya..rezki yg tak terjangka.
kami sebenarnya dah tak letak harapan dah untuk dapat tukar bila keputusan rayuan keluar bln 11 tahun lepas. Tak dijangka panggilan dari Cikgu Aini merubah segalanya..Alhamdulillah.
*******
Minggu lepas aku dan cik bunga pegi jalan2 ke Segamat. Niat di hati nak pegi survey barang2 baby.
nak tengok2 harga barang yg perlu di beli.
Memang seronok sebenarnya..dari pada nak tengok2 sahaja..terus kami beli..tapi takde la beli banyak2..
cuma beli baju, botol susu, kain lampin, stokin, sarung tangan..
Kalau tahun lepas, kami excited untuk tengok barang2 hantaran,baju pengantin,kad kawen.. tapi sekarang..excited kami ke keperluan baby plak..hehehe
tak sedar masa berlalu pantas kan.
Ralit sangat masa kami dok belek2 barang2 baby..
Alhamdulillah syukur pada Allah di atas rezki ini.Ssemoga semua nya selamat.
gambar cik bunga dg Oni kat taman rama2 masa kami ke Penang tahun lepas
2 comments:
assalamualaikum!
alhamdulillah. semoga baby lahir jadi anak yang soleh dan solehah. inshaAllah ameenn.
memanglah encik nampak dengan jelas perubahan cik bunga. Cik bunga depan mata selalu :P
wsalam cik sar !!! :)
Insyaallah aaaaammmiinnnn
hehehe..betul betul betul :)
Post a Comment